SK PARIT BILAL
KM.4, JALAN BUKIT PASIR,
83050 BATU PAHAT, JOHOR
 
TEL/FAX: 07- 4321529
EMAIL: skparitbilal@gmail.com
ONE TEAM ONE DREAM
   Home      Berita dan Aktiviti Semasa
 

 Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke - 58 Tahun 2015
 
Pelancaran bulan kemerdekaan telah dilancarkan pada Ahad (23.8.2015) di Dewan Bilal Gemilang SK Parit Bilal dengan meriah sekali. Tema bulan kemerdekaan pada tahun ini ialah Sehati Sejiwa . Di harap dengan pelancaran bulan kemerdekaan ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dan semangat kecintaan kepada negara. Semoga negara kita Malaysia aman sejahtera dan harmoni sepanjang zaman dan terus maju ke hadapan.
 
 

 
______________________________________________
 
 
Sukan Tahunan Sekolah Kali ke - 47 Tahun 2015
 
 
Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya
sekolah SK Parit Bilal dapat menjayakan sukan tahunan sekolah kali ke - 47 pada hari Khamis (18.8.2015).
Semua warga sekolah terlibat begitu juga dengan ibu bapa yang turut samamemeriahkan lagi majlis sukan tahunan ini. 
 
 
________________________________________________________
 
 
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2015
 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015 telah diadakan pada hari Khamis (30.7.2015) 14 Syawal 1436H. 
 
 
 
 
 
______________________________________________________________________
 
 
Majlis Khatam Quran & Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidil 2015
 
 
Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri 2015 telah berlangsung pada hari Khamis (9.7.2015). Majlis tersebut telah di realisasikan oleh AJK Kebajikan Sekolah yang diketuai oleh Pn. Normala Bte Kari di samping kerjasama yang padu oleh AJK Sarana Ibu bapayang diketuai oleh Pn. Juhara bt. Kamit. Khatam Al - Quran telah dipimpin oleh Ustaz Saiful Azli B. Terima Kasih kepada semua yang terlibat memberi sumbangan dan menjayakan majlis ini. 
 
 
 
 
 
__________________________________________________
 
 
PERTANDINGAN SUDUT ANTI DADAH PERINGKAT DAERAH
 
PADA 13.7.2015
 
 
 
 
 
___________________________________________________
 
 
 
SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015
 
 
 
 
" Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak "
 
Tema Hari Guru pada tahun ini membawa maksud :
 
Guru Guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam
semua bentuk institusi pendidikan  yang menjadi penggerak serta pendukung kepada
pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas,
berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai kep
eribadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. 
 
Membina Ilmu -  Individu yang membangunkan dan membentuk atau menwujudkan kualiti
pada setiap insan dan keilmuan.Dalam konteks pendidikan guru berperanan
sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individumurid/pelajar
dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif).
 
Menyempurnakan - Menjadi sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan
untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
 
Akhlak - Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh
setiap modal insan bagi mendeppani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan. 
 
 Sambutan Hari Guru telah diadakan pada hari Ahad (17.5.2015) di Dewan Bilal Gemilang dengan meriah sekali. 
 
 
_____________________________________________________________
 
 
MAULIDUR RASUL TAHUN 2015
 
_____________________________________________________________
 
 
 
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 11.1.2015
 
Selamat datang kepada murid-murid tahun 1 dan selamat kembali ke sekolah
untuk semua murid tahun 2 hingga 6 serta selamat menjalankan tugas untuk guru-guru
dan warga kerja SK Parit Bilal. Semoga tahun 2015  ini membawa perubahan yang lebih baik untuk semua warga SK Parit Bilal.
 

 
____________________________________________________________
 
 
 
AKTIVITI SELEPAS UPSR 2014
 

 

 
__________________________________________________________
 
 
PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH 2014
 
 
 
_________________________________________________
Sambutan Maulidur Rasul 2014
 
Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 23 Jan 2014. 
 
 
_______________________________________________________________________________
 
SALAM TAHUN 2014
 
 
Hampir sebulan setengah warga SK Parit Bilal kembali ke sekolah. Pelbagai aktiviti awal tahun yang telah dijalankan jika di lihat di laman Facebook SK Parit Bilal.
Semoga tahun 2014 ini akan membawa kebahagian, kegembiraan, kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan kepada semua warga SK Parit Bilal.  
 
 
_________________________________________________________________
 
 
CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI!
 
Cuti sekolah akhir tahun 2013 bakal tiba pada 16 November 2013 hingga 31 Disember 2013. Isi masa cuti anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selamat bercuti ;)
 
 
 
_________________________________________________________________________
 
 
 KONVOKESYEN PRA SEKOLAH SK PARIT BILAL 2013
 
Majlis konvokesyen ini telah di adakan pada 30 Oktober 2013 di Hotel Pine Tree Batu Pahat.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tn. Hj. Ayob b. Hj. Jamil. Tahniah diucapkan kepada murid-murid Pra Sekolah SK Parit Bilal.
 
 
 
 
 ___________________________________________________________________________________
 
 
FESTIVAL SAINS & TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT 2013
 



Pada hari ini 13 Jun 2013 berlangsungnya Festival Sains peringkat daerah Batu Pahat bagi tahun 2013 di SK Parit Bilal. Pelbagai aktiviti dan
pertandingan di jalankan yang mendapat penyertaan dari sekolah-sekolah di sekitar Batu Pahat.
___________________________________________________

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
 
Semester 2 persekolahan tahun 2013 telah bermula. Semoga usaha dan dedikasi para pelajar dapat di tingkatkan untuk mencapai keputusan yang cemerlang
pada peperiksaan UPSR yang bakal di tempuhi tidak lama lagi, begitu juga dengan peperiksaan akhir tahun nanti.

 
 
_____________________________________________________________
 
SAMBUTAN HARI GURU 2013
 
Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2013 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Terbuka SK Parit Bilal. 
 

 
Sambutan Hari Guru kali ini ialah 1 Aspirasi 1 Agenda yang membawa maksud:
 1 Aspirasi - semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti
yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah
melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan
negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan
murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
 
1 Agenda - semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan pendidikan Malaysia">PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang
teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

 _____________________________________________________________

PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG 2013
 
 
Program Pengarah Turun Padang diadakan untuk memantau persekitaran kerja SK Parit Bilal telah dijalankan pada 24 April 2013.
Program ini bertujuan untuk mengenalpasti kualiti pengurusan melalui Audit Dokumen dan usaha-usaha penambahbaikan serta amalan terbaik
dan boleh dijadikan contoh untuk sekolah-sekolah di negeri Johor. Pegawai yang memantau ialah Tn. Hj.Zulhairi Bin Abd. Kadir
(Penolong Pengarah Teknik & Vokasional JPNJ) serta Tn. Hj. Hamdan Bin (PPD Bahasa Rendah PPD Batu Pahat).
 
____________________________________________________________________________________
 
AKTIVITI PERKHEMAHAN 2013 TAMAT DENGAN JAYANYA!

 
 
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Parit Bilal 2013 selesai dilaksanakan. 
 
TKRS- Johan Bantuan Kecemasan
Puteri Islam - Johan Malam Kebudayaan
PBSM - Johan Kawad Kaki 
Pengakap - Johan Keseluruhan 
 
___________________________________________________________________________________
 
AKTIVITI PERKHEMAHAN 2013

   
Aktiviti Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK Parit Bilal akan berlangsung pada 12 April - 14 April 2013 yang bertempat di Padang Sekolah SK Parit Bilal. Acara tahunan ini di adakan untuk memotivasikan para pelajar supaya bekerjasama dalam menjalankan tugas disamping mengajar mereka cara hidup berdikari. Pelbagai aktiviti-aktiviti sampingan yang menarik bakal dijalankan bersama-sama guru-guru yang terlibat. 
 
_____________________________________________________________________________________
 
MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. SHAMSIAH & PN RAMLAH
 
Pada 1 Feb 2013telah berlangsung Majlis Persaraan Pn. Hjh. Shamsiah bt. Jailani dan Pn. Ramlah bt. Bani. Pihak sekolah amat berbangga dan berterima kasih di atas segala pengorbanan dan jasa-jasa yang telah mereka curahkan kepada sekolah. Semoga mereka di kurniakan kesihatan yang baik dan ceria di masa-masa akan datang. Jasa mu di kenang .......~