SK PARIT BILAL
KM.4, JALAN BUKIT PASIR,
83050 BATU PAHAT, JOHOR
 
TEL/FAX: 07- 4321529
EMAIL: skparitbilal@gmail.com
ONE TEAM ONE DREAM
   Home      Dari Meja Guru Besar
:: KATA-KATA ALUAN ::






DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG,

ASSALAMUALAIKUM DAN  SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEMUA WARGA SKPB.

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH S.W.T  KERANA MASIH DIBERI NIKMAT DAN RAHMAT UNTUK  BERBAKTI LAGI DI SKPB PADA TAHUN 2015.

SEBAGAI MEMULAKAN BICARA DALAM BUKU PENGURUSAN INI, IZINKAN SAYA UNTUK  MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH WARGA SEKOLAH KERANA TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN TUGAS DAN AMANAH MEMACU  KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH KITA DENGAN PENUH DEDIKASI  PADA TAHUN 2014.

ALHAMDULILLAH, DENGAN USAHA SEMUA PIHAK PENCAPAIAN SEKOLAH KITA TELAH DAPAT DIPERTINGKATKAN DI MANA  SEKOLAH KITA KINI TELAH BERADA PADA BAND 2 DAN  MARILAH KITA SAMA-SAMA TERUS  BERUSAHA AGAR PENCAPAIAN INI TERUS MENINGKAT KE BAND 1. WALAUBAGAIMANAPUN, KITA PERLU INGAT BAHAWA UNTUK SAMPAI KETAHAP TERSEBUT BUKAN SEMUDAH YANG KITA SANGKAKAN. IANYA MEMERLUKAN KOMITMEN BERLIPAT GANDA MELEBIHI DARIPADA APA YANG TELAH KITA LAKSANAKAN  SEKARANG, TETAPI SAYA YAKIN DENGAN IZIN ALLAH KITA MAMPU UNTUK  BERGERAK BERSAMA-SAMA KE PUNCAK KEJAYAAN.

WARGA SKPB YANG AMAT DIKASIHI,

SEBAGAI WARGA PENDIDIK, KITA PERLU MENERUSKAN TRANSFORMASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN DENGAN MELAKSANAKAN DAN MENGHAYATI  SEMUA PERKARA DALAM PELAN PEMBANGUNAN  PENDIDIKAN MALAYSIA ( PPPM ).TAHUN 2015 ADALAH TAHUN YANG MENCABAR KERANA IA MERUPAKAN TAHUN PENAMAT BAGI GELOMBANG PERTAMA PPPM. MURID YANG KITA AJAR SEMESTINYA TELAH MEMPUNYAI PENGETAHUAN,  KEMAHIRAN  BERFIKIR, KEMAHIRAN DWIBAHASA, KEMAHIRAN MEMIMPIN, ETIKA DAN KEROHANIAN DAN IDENTITI NASIONAL.

BAGI MENYOKONG KEJAYAAN PPPM INI,  KITA PERLU MEMBUAT PERUBAHAN DI BILIK DARJAH MELIPUTI ASPEK SUSUN ATUR , SUASANA PEMBELAJARAN DAN JUGA KAEDAH PdP. GURU BERPERANAN SEBAGAI PEPIMPIN PEBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA DI BILIK DARJAH. DI ANTARA CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 IALAH PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID, PEMBELAJARAN KOLABORATIF, MENGAPLIKASIKAN PELBAGAI  KEMAHIRAN, PEMBELAJARAN SEBAGAI SATU PROSES, KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DAN MELIBATKAN PELBAGAI KEMAHIRAN UNTUK KEHIDUPAN SESUAI DENGAN TEKNOLOGI TERKINI.  SEMOGA KITA DIBERI SEMANGAT SERTA  KEKUATAN UNTUK MELAKSANAKAN PERUBAHAN INI DAN MENCAPAI OBJEKTIF YANG DIHARAPKAN.

DISAMPING KITA SIBUK DENGAN TUGAS HAKIKI KITA DALAM BIDANG KURIKULUM, JANGAN KITA LUPAKAN TANGGUNGJAWAB KITA DALAM BIDANG HEM DAN JUGA KOKURIKULUM. SEKOLAH YANG CEMERLANG ADALAH SEKOLAH YANG MAMPU MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG SEIMBANG DALAM KETIGA-TIGA ASPEK TERSEBUT DAN MAMPU BERSAING DI PERINGKAT GLOBAL. BAGI MENCAPAI MATLAMAT INI, KITA JUGA PERLU MELIBATKAN IBUBAPA DALAM PROGRAM SARANA PIBG DAN SARANA SEKOLAH. UNTUK MENJADI GURU YANG CEMERLANG, KITA PERLU MELENGKAPKAN DIRI  KITA DENGAN PELBAGAI DISIPLIN ILMU TERKINI DENGAN MENGIKUTI PELBAGAI KURSUS , PEMBACAAN, PERBINCANGAN DAN PERKONGSIAN (PLC) SUPAYA KITA TIDAK KETINGGALAN DAN MAMPU UNTUK MELAHIRKAN IDEA YANG KREATIF DAN INOVATIF DALAM MENDIDIK MURID-MURID KITA SERTA DAPAT MEREALISASIKAN “JOHOR SHOWCASE”.

“KECMERLANGAN SEKOLAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA”....”SEMOGA ALLAH MENERIMA KERJA KITA SEBAGAI SUATU IBADAH”. “ONE TEAM ONE DREAM” .    SEKIAN , TERIMA KASIH . WASSALAM.                                                  

  

 

 

TERIMA KASIH SEMUA.

 

"ONE TEAM ONE DREAM"


                                                                                                                


                                                                                       ROHANA BT. AHMAD

                                                                               GURU BESAR

                                                                                   SK PARIT BILAL