SK PARIT BILAL
KM.4, JALAN BUKIT PASIR,
83050 BATU PAHAT, JOHOR
 
TEL/FAX: 07- 4321529
EMAIL: skparitbilal@gmail.com
ONE TEAM ONE DREAM
   Home      Profil Sekolah      Falsafah, Matlamat dan Piagam Sekolah
FALSAFAH SEKOLAH
 

1. Bahawa murid-murid di sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk maju dan berjaya dalam bidang  kurikulum dan kokurikulum,dengan ini, seluas-luas peluang akan diberikan kepada semua murid di sekolah ini untuk mengembangkan kebolehan dan potensi mereka.

 

2. Bahawa pendidik di sekolah ini berkeupayaan serta berkebolehan dan mempunyai kecekapan serta kemahiran bagi memberi pendidikan yang sempurna,menyeluruh dan bermutu tinggi untuk memajukan tahap pendidikan di sekolah ini.

 

3. Bahawa sekolah ini berkeupayaan menyediakan segala kemudahan fizikal dan tenaga pendidik serta bersedia memikul tanggungjawab melahirkan generasi yang boleh memberi  sumbangan yang positif kepada masyarakat,bangsa ,agama dan Negara.
 
 
MATLAMAT SEKOLAH
 
 
        Melahirkan murid-murid yang berpendidikan lagi berdisiplin, yang dapat memberikan sumbangan positif kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.
 
 
PIAGAM SEKOLAH
 
Dalam merealisasikan  wawasan untuk menjadikan SK PARIT BILAL sebagai sebuah sekolah yang unggul dan cemerlang, maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami UNTUK:
 
  1. Memastikan semua kanak-kanak di kawasan Parit Bilal ini mendapat tempat belajar  pada hari pertama sesi persekolahan baru bermula.

 

  1. Memastikan setiap murid diberikan hak peluang dan layanan yang saksama dalam   memperolehi pendidikan asas 3M yang kukuh untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

 

  1. Menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal dan suasana P & P yang kondusif untuk warga SK Parit Bilal berbantukan komputer.

 

  1. Sentiasa bersedia menerima dan melayani pelanggan yang terdiri daripada ibubapa,penjaga serta masyarakat yang berurusan dengan sekolah.

 

  1. Berusaha mempertingkatkan sahsiah dan kualiti kepimpinan guru-guru dan kakitangan pada semua peringkat.

 

  1. Memastikan semua warga sekolah celik komputer.
  1. Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap,dedekasi dan bertanggungjawab.

 

  1. Memastikan semua pelanggan mendapat layanan yang mesra ,khidmat yang baik dan jawapan/maklumat yang tepat,lengkap dan segera.

 

  1. Sentiasa berusaha ke arah menjaga kebajikan murid,guru dan kakitangan bagi mewujudkan iklim kekeluargaan dan suasana sekolah penyayang.
  1. Memberi kerjasama padu kepada pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah ,Jabatan Pelajaran Negeri,Kementerian Pelajaran Malaysia serta Orgnisasi Awam dan Swasta.