SK PARIT BILAL
KM.4, JALAN BUKIT PASIR,
83050 BATU PAHAT, JOHOR
 
TEL/FAX: 07- 4321529
EMAIL: skparitbilal@gmail.com
ONE TEAM ONE DREAM
   Home      Aktiviti Bahagian      Hal Ehwal Murid
~:: HAL EHWAL MURID (HEM)::~
 
PENGERUSI
 
 
PN. HJH. ROHANA BT. AHMAD
Guru Besar
 
 
TIMBALAN PENGERUSI
 

 
PN.SABARYAH BT. NASIR
 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 
 

SETIAUSAHA
 
 
 
PN. HJH. JAMILAH BT. KASMO
Guru Pemulihan
PENOLONG SETIAUSAHA
 
 
CIK NASEEM BIBI BT. KAMALDIN
Guru Bimbingan & Kaunseling
 
DISIPLIN MURID
 

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

“…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”
 

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

UNTUK MURID-MURID

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

1. PAKAIAN

 (a) Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di sekolah.      

 (b) Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

 1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI

1.1.1 Baju

    (a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja.

    (b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit serta sesuai dengan bentuk badan.

    (c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah.

    (d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.

1.1.2. Seluar

    (a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua (dark olive).

    (b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang.

    (c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau  

         sebarang potongan yang tidak sesuai adalah tidak dibenarkan.

    (d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak dibenarkan. 

1.1.3 Kasut dan stoking

     (a) Semua pelajar berkasut kanvas putih / kasut yang bertali hendaklah sentiasa di ikat.

     (b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.

     (c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan.

     (d) Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.

1.1.4 Lencana dan Tanda Nama

     (a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa.

     (b)  Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada sebelah kiri baju.

     (c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.

1.1.5 Tali Pinggang

      (a) Tali pinggang yang dibenarkanialah yang berukuran 3cm berwarna gelap

            atau hijau  yang dperbuat daripada kain kanvas.

      (b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan beraneka corak.

      (c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.

1.1.6 Tali leher

(a)  Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari persekolahan kecuali hari Jumaat

      dan hari-hari lain yang diarahkan.

1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan

        a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang berada di sekolah.

1.1.8 Pakaian kebangsaan

        a) Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada hari jumaat.

        b) Baju melayu mestilah berwarna putih dan seluar puth dengan samping berwarna biru muda.

        c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.

        d) Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama-sama pakaian kebangsaan.
 

1.2 PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM

 1.2.1. Baju kurung

       a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk

           belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru muda.

       b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan.

            Pelajar perempuan juga diwajibkan  memakai anak baju.

       c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung

            tetapi tidak  mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam.

  1.2.2 Mini telekung

       a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih

           tanpa berenda, bersulam atau berfesyen.

       b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung.

       c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis.

       (d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini telekung.

   1.2.3 Kasut dan stoking

       a) Sama seperti 1.1.3

   1.2.4 Lencana dan tanda nama

       a) Sama seperti 1.1.4

   1.1.5 Barang kemas / perhiasan

       a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas,

           alat-alat solek  dan lain-lain perhiasan.

1.3  PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM

     1.3.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru muda yang labuhnya di bawah

   lutut.

     1.3.2 Lain-lain pemakaian sama seperti pada 1.2.3 dan1.2.4 dan 1.2.5

1.4  PAKAIAN PENGAWAS

1.4.1  Baju lengan panjang berwarna biru muda dan seluar berwarna biru tua bagi  lelaki.

1.4.2  Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna biru tua dan mini telekung berwarna biru tua bagi pengawas perempuan beragama Islam.

1.4.3 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan skirt labuh bawah paras lutut bagi pengawas perempuan bukan beragama islam.

1.4.4  Baju melayu putih dan samping sekolah bagi pengawas lelaki pada hari jumaat.

1.4.5   Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam.

1.4.6  Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu berada di sekolah.

1.4.7   Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai.

1.5. BERPAKAIAN  PADA WAKTU BIASA

Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.

1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan

    a) Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek.

1.5.2 Pendidikan Jasmani

    a) Lelaki         – Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua.

    b) Perempuan – Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek biru tua  serta mini telekung putih.

1.5.3 Latihan Sukan / Permainan

    a) Lelaki         – Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek biru.

    b)Perempuan – Baju T lengan panjang mengikut warna rumah, seluar trek biru tua serta mini telekung putih

1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab

Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru  penasihat masing-masing.

 
2.0 RAMBUT

2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI

2.1.1       Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk. Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah. (Rujuk gambar rajah)

2.1. 3  Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai

2.2 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

2.2.1 Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.

2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas

2.2.3 Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.

2.2.4 Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut,

         menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen mengikut tafsiran sekolah.
 

3.0 PERHIMPUNAN

            Perhimpunan rasmi siding pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.30 pagi.

            Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai 7.15 pagi.

            Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.

            Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.

            Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotic dengan penuh semangat

4.0 KEBERSIHAN DIRI

4.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.

4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.

4.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.
 

5.0 KAWASAN SEKOLAH

5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

  5.1.1             Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebaran  waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”.

 5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan

          meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak

          dan mendapat kebenaran  guru.

5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan

          tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar

          tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan,

          membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.

5.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu

          umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan 

          bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

5.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu

        hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.

5.1.6       Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau pelajar yang bertugas.

5.1.7       Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua, penolong kanan atau penyelia petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada guru tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar.

6.0  SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT

6.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan.

       6.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 

       6.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat 

             rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah

       6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah.

       6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika sakit kuat.

7.0  KAWASAN YANG DILARANG

            Tempat letak kenderaan guru

            Kawasan tangki septik

             Bilik Guru

             Bilik Peperiksaan

            Kawasan Tangki Air

8.0 KEBERSIHAN

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996  dan SPI Bil. 6/1997

8.1       Tong Sampah

8.1.1       Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.

8.1.2       Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja.

8.1.3       Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

8.2       Kantin Sekolah

8.2.1       Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah.

8.2.2       Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja.

8.2.3       Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling kantin.

8.2.4       Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.

8.3       Bilik Darjah

8.3.1       Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

8.3.2       Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.

8.3.3       Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.

8.3.4       Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.

8.4       Tandas

8.4.1       Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.

8.4.2       Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.

8.4.3       Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.

9.0 KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

9.1.      Beratur

9.1.1       Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan kelas.

9.1.2       Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.

9.1.3       Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat.

9.2.      Waktu balik

9.2.1       Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan.

9.2.2       Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan.

9.2.3       Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan.

9.2.4       Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.

9.2.5       Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.

9.2.6       Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan.

9.3.      Makmal

9.3.1       Pelajar dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

9.3.2       Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

9.3.3       Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan.

9.3.4       Pelajar dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal.

9.3.5       Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru berkenaan.

9.3.6       Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas.

9.3.7       Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.

9.4.    Bilik-bilik khas

9.4.1       Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

9.4.2       Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

9.4.3       Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.

9.4.4       Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru berkenaan.

10.0PELAWAT

       10.1         Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat.

                        Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar.

      10.2          Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa

                        dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.

      10.3          Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan

                        berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah

                        mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.

      10.4          Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

11.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

11.1                    Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu

bapa/penjaga  dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh  masa pelajar itu tidak hadir.

11.2          Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar tidak hadir pada  hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturut-turut.

11.2   Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut.

11.3  Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada ibu bapa penjaga  sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat amaran kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut.

11.4  Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS)8548/ 12 (17))

11.5    Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan  sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari Pengetua, Penolong kanan atau Penyelia Petang. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi.

12.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS

12.1    Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Pengetua  dengan kerjasama guru-guru.

12.2   Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Tingkatan Atas.

12.3    Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan pengawas dari Badan Pengawas sekiranya perlu.

12.5    Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.

12.6    Sifat-sifat Kelayakan untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.

Lain-lain kelayakan :

- bertanggungjawab dengan sepenuhnya

- berwibawa dan bekerjasama

- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan

- jujur dan berakal

- menepati masa

12.7                  Tugas-tugas pengawas

(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar dan bilik Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.

(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.

13.0 WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut sekolah masing-masing

14.0 WAKTU REHAT

Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah masing-masing

15.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)

(b) Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain

(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ.

(d) Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera.

(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.

(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama rakan-rakan setingkatannya.

16.0 BAYARAN TAMBAHAN

Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.

17.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH

Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :

(a)Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng

(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng

(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik

(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul

(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan

(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir

(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah digunakan dengan baik.

18.0  KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)

 

18.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai :

a)     satu pasukan berunifom

b)     satu persatuan/kelab atau lebih

c)     satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

            Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi  sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.

            Pelajar –pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.

            Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pengetua sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.

            Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.

19.0 KATEGORI KESALAHAN

KESALAHAN RINGAN

1.     Menyimpan misai, janggut dan jambang.

2.   Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.

3.   Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.

4.   Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran.

5.   Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.

6.   Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.

7.   Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

8.   Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya.

9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel.

10.  Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.

11.  Makan dan minum di dalam bilik darjah.

12.  Melakukan pembaziran air atau elektrik.

13.  Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan  kemas.

14.  Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)

15.  Lewat ke sekolah.

16.  Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.

17.  Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.

18.  Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

19.  Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.

20.  Tidak membuat tugasan yang diarahkan.

21.  Mengganggu kawan.

22.  Mengganggu guru.

23.  Lewat masuk kelas.

24.  Mengotorkan kelas.

25.  Tidak duduk setempat.

26.   Berada dalam kawasan larangan.

27.   Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.

28.   Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..

29.   Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.

30.   Membuang sampah merata-rata.

31.   Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.

32.   Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.

33.   Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah.

34.   Memakai cermin mata berfesyen.

35.   Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah .

36.   Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua.

37.    Membawa telefon bimbit dan MP3.

KESALAHAN SEDERHANA

1.     Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.

2.     Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.

3.    Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

4.     Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.

5.     Ponteng  sebarang acara rasmi sekolah.

6.    Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

7.    Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.

8.     Menconteng pada harga benda sekolah.

9.    Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.

10.  Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KESALAHAN BERAT

1.  Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga

2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.

4.  Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.

5.  Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.

6.  Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid.

7.  Biadap terhadap guru / pengawas / murid.

8.  Memeras ugut guru / pengawas / murid.

9.  Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.

14.  Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

15.  Mencabul kehormatan guru / murid.

16.  Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.

17.  Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.

18.  Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.

19.  Mengintai murid lelaki / perempuan.

20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.

21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.

22. Membawa atau menggukanan bahan letupan.

23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.

24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.

26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.

27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.

28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan  Kementerian Pelajaran.

29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari /  selama 1 tahun sessi persekolahan.

30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.

31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya.

32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.

33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.

34. Melakukan hubungan yang dicurigai.

35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku panduan Bagu Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:

1.   TINGKAH LAKU JENAYAH

a)     Mendera dan mencederakan.

b)     Bertindak ganas dan mencederakan.

c)     Memeras ugut.

d)     Bergaduh.

e)     Mencuri.

f)       Menipu atau memperdayakan.

g)     Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.

h)    Menyalahgunakan dadah.

i)       Khalwat.

j)       Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.

k)     Menyertai kumpulan kongsi gelap.

                                                                                                  

2.   TINGKAHLAKU LUCAH

a)     Mencarut.

b)     Berdua-duaan.

c)     Becumbu-cumbuan.

d)     Melihat / membaca bahan lucah.

e)     Melukis / menujlis bahan lucah.

f)       Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.

g)     Besubahat dalam perbuatan sumbang.

h)    Berpakaian tidak senonoh.

3.   TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL

a)     Tidak mahu bergaul.

b)     Merosakkan hartabenda individu / sekolah.

c)     Membuat bising.

d)     Menjerit-jerit tidak tentu pasal.

e)     Mengganggu orang lain.

f)       Menulis dan menconteng bangunan.

g)     Membuang sampah merata-rata.

h)    Mendendam / hasat dengki / cemburu.

i)       Memaki hamun.

j)       Sombong , bongkak dan biadap.

4.    TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a)     Meniru dalam ujian dan peperiksaan.

b)     Meniru tandatangan orang lain.

c)     Bercakap bohong.

d)     Mengubah markah yang dicatat oleh guru.

e)     Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.

f)       Menganiaya sesame rakan.

g)     Tidak amanah.

h)    Mengampu.

i)       Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.

j)       Mengambil barang orang lain tanpa izin.

k)     Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.

l)       Berdolak-dalik.

m)  Membuat kerja tanpa keikhlisan diri.

4.   TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN

a)     Berbahasa kasar.

b)     Tidak menghormati guru.

c)     Menghisap rokok.

d)     Berambut panjang.

e)     Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.

f)       Lalai dan cuai terhadap pelajaran.

g)     Mempermain / memperlekehkan guru.

h)    Selalu lewat.

i)       Suka bertengkar.

j)       Pakaian tidak sesuai.