SK PARIT BILAL
KM.4, JALAN BUKIT PASIR,
83050 BATU PAHAT, JOHOR
 
TEL/FAX: 07- 4321529
EMAIL: skparitbilal@gmail.com
ONE TEAM ONE DREAM
   Home      Profil Sekolah      Sejarah Sekolah
SEJARAH SEKOLAH 
 

 
             SK Parit Bilal, Batu Pahat yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Parit Bilal, telah ditubuhkan pada tahun 1903. Sekolah ini telah didirikan oleh penduduk Kampung Parit Bilal di atas tanah kepunyaan Allahyarham Tn. Hj. Abu Bakar di batu 3 1/2 Jalan Batu Pahat - Tongkang Pecah iaitu bersebelahan dengan Klinik Kampung parit Bilal yang ada sekarang.Mengikut catatan sejarah sekolah ini, orang yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini ialah Tuan Bilal Ghani bin Ribut bersama-sama dengan Penghulu Rahmat bin Ragam. Tuan Bilal Ghani bin Ribut ialah seorang bilal di Masjid Jamek Kampung Parit Bilal ketika itu manakala Penghulu Rahmat bin Ragam pula ialah  Penghulu kawasan ini pada masa itu. 
 
 
         Pada tahun 1948, bangunan sekolah ini telah dipindahkan di hadapan Tasik Merdeka dengan 4 bilik darjah 2 buah rumah guru. Kemudian pada tahun 1974, sebuah bangunan 2 tingkat dan kantin didirikan . Pada tahun 1990 pula Bangunan Pusat Sumber Projek Bank Dunia didirikan. Berikutnya pada tahun 1998, Bangunan 4 tingkat didirikan mengandungi 6 bilik   darjah, bilik KH, makmal sains, makmal komputer, PSS dan Bilik Muzik.
 
 
         Bangunan baru 3 tingkat siap di bina pada akhir tahun 2009 yang menempatkan pejabat pentadbiran sekolah, bilik guru, bilik Jqaf, bilik Pemulihan Linus, bilik SAL, bilik Kesihatan, bilik mesyuarat serta kelas-kelas untuk para pelajar tahun 6. Begitu juga dengan Dewan Terbuka SK Parit Bilal yang siap di bina pada tahun tersebut. Dengan pertambahan bangunan-bangunan ini dapatlah menampung murid-murid yang semakin ramai dan kini hampir mencecah 900 orang.